5 waktumu...aduhai manusia...

muadzinku,
Alunkan suara ketenangan itu...
Dengarkanlah kepada isi alam yang kehausan,
Sesungguhnya dirimu telah berjihad dijalanNya,
menyeru setiap insan yg sering alpa terhadap hak untukNya...
Manusia,apakah yg difikirkan oleh kalian???
makhluk Allah selainmu telah menjalankan amanatNya,
isi alam iaitu fajar telah terbit diufuk dunia,
kasihan benar si subuh..ditinggalkan begitu sahaja...
embun pagi telah membasahi bumi,
bunga-bunga mengembang menghiasi taman,
pepohon yang kaku,diam turut bertasbih,
burung-burung berkicauan memulakan zikir,
makhluk yang tidak mempunyai akal,tahu amanat Allah Yang Maha Esa...
sedangkan kalian???
melayan mimpi dodoian syaitan...
sehari-hari,tugas matahari mengejutkan kalian,
yang bangun kerana mengingati tugas dunia semata-mata...
muadzinku,
lantangkan lagi suaramu!
agar seruan itu didengari mereka,
        "marilah bersembahyang,marilah menuju kejayaan"

manusia,
aduh,kasihan benar kalian...
tuli benar pendengaran kalian terhadap seruan
yg bakal menyelamatkan kalian dari jatuh ke lembah neraka,
buta benar mata kalian membaca waktu menuju akhirat,
walhal,5 kali peringatan bagi kalian sehari-hari...

isi alam,
matahari pun cuba menghilangkan kewujudannya,
memberi peluang bulan menerangi malam,
bunga-bunga mengucup malu,
burung-burung kembali terbang pulang,
mereka tidak mempunyai akal,
namun kenal fitrah kejadian,tanpa sempadan,tanpa mengira siang malam...
tetap berzikir,mengagungkan Allah SWT...Pencipta sekalian alam...
sedangkan kalian?manusia?
juga telah kembali pulang..tetapi hanya untuk tidur dan makan,
untuk istirehat dan hiburan...
tidak ada yg kalian lupa tentang dunia,
tetapi tidak ada yg kalian ingati tentang akhirat...
aduh!kasihan...kedatangan si zuhur,si asar,si maghrib dan apatah lagi si isyak...
tidak langsung disambut bahkan dihalau,di usir dari waktu-waktu kalian...
bagi kalian,mereka terlalu tidak penting didunia...
mereka tiada nilainya tidak seperti emas permata...
yg nampak pada sinar kilauannya,
bagi kalian juga,hidup sentiasa muda,
taubat akan datang pada kalian..bukan kalian yg mencarinya,
aduh!kasihan...begitu malang nasib kalian yg alpa...
di dunia bermandikan air dingin yg tinggi nikmatnya...
sedangkan diakhirat,kesakitan di baham api neraka...

manusia,
bagi kalian yg mengingati dan menjaga waktunya yg 5,
yg sentiasa mengasihinya...yg sentiasa menikmatinya...
yakinlah,yg 5 itu akan hadir menemuimu di akhirat kelak...
dan menjadi pnyambut dan pembuka pintu syurga buat kalian...
tenanglah,bahagialah kalian yg menjadikan kehidupan didunia utk bertemu akhirat...
sesungguhnya mati adalah permulaan hidup...
dan mati sentiasa memrhati kalian,dan mati adalah rahsia Yang Maha Wujud...
ALLAH SWT...
SubhanAllah,Alhamdulillah,Allahuakhbar...


"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."
 (surah ibrahim:ayat 40)

"Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa."
 (surah thaha:ayat 132)
  
 "dan orang-orang yang memelihara solatnya,mereka itu (kekal) di syurga lagi dimuliakan."
(surah alma'arij:ayat 34-35)

doakan tuk kawan saya keranaNya...

semalam...
saya balik kerja lewat dari hari biasa...maklum,kerja berlambak..terpaksa stayback...
turun je dari jejantas,gerimis... saya pun berpayung,ala...slalunya main redah je...disebabkan payung dah de kat tangan..takde alasan taknak pakai..so,pakai jelaa...
on the way nak ke bustop, saya berjalan beriringan dengan seorang gadis india...dia tak berpayung jadi saya pelawa la dia tuk share payung dengan saya...dia pun sudi..
dalam perjalanan...kami berkenalan..tanyala nama, tempat tinggal, tempat kerja...
sampai bustop, masih tetap bersama...saya puji dia...kagum dengan bahasa melayunya yang sangat fasih...macam orang melayu, takde slang india...katanya dia ramai kawan melayu..itu yang membuatkan dia fasih sangat-sangat berbahasa melayu...
saya berborak-borak dengan dia...dan...tiba-tiba,satu ungkapan yang keluar dari mulutnya membuatkan saya terkejut..."INSYA'ALLAH"...tu ungkapan yang keluar dari mulutnya...
dan tambahnya lagi..."kita hanya merancang dan ALLAH yang menentukan"...
semua ni terungkap disebabkan satu soalan yang saya ajukan pada dia...
saya makin terkejut..dia tangkap reaksi saya...dan dia tersenyum...
saya tahu dia bukan muslim, bukan kerana dia tak bertudung tapi titik hitam yang ditampal ditengah-tengah antara kedua keningnya..(maaf,tak tahu pe nama benda tu...yang selalu orang india pakai)...
perbualan kami makin rancak...semua berkaitan islam...sehingga bus dia dah sampai pun dia lepaskan...
"takpe laa...tunggu next bus jelaa"...katanya...
ternyata dia seorang non-muslim yang tertarik dangan agama kita...islam...
"niat nak convert tu belum lagi la tapi memang minat tentang islam,nak belajar dulu tentang islam..."
"akak hindu tapi dari kecil akak dah terpengaruh dengan katolik.."
saya ternampak rantai yg tergantung dilehernya...buah rantai tu tanda salib...
"akak suka baca majalah wanita,ada satu topik tu selalu cerita tentang 'saudara baru'...akak selalu baca pengalaman diorang terhadap islam...dari situ akak agak tertarik...akak minat gak kisah nabi Muhamad SAW..akak ada dengar tentang kisah isteri nabi..."
"pernah sehari tu akak tidur kat rumah...akak dengar azan, akak terus bangun...akak suka la dengar azan.."
"akak teringin nak bayar zakat...tapi sebetulnya akak tak bolehkan...?tapi akak suruh orang lain(islam), on behalf sebagai sedekah..."
semua diatas ni adalah ungkapan yang keluar dari mulutnya yang masih saya ingat...
saya bagitau dia ni mungkin satu petunjuk untuk dia dari ALLAH...saya kata islam tu menenangkan...ramai non-muslim yang convert dah buktikan...dia sokong statement saya...apa yang dia baca,ramai saudara baru beritahu perkara yang sama...islam itu tenang...saya cerita pada dia tentang satu kisah yang pernah saya dengar...seorang paderi menjawab soalan seorang muslim yang bertanya...apakah KUNCI untuk SYURGA...?paderi tu jwb dlm ketakutan...SYAHADAH..."ucapan syahadah adalah kunci untuk masuk ke syurga"...dia hanya mendengar...saya bagitau dia..."bila kita islam...kita takkan ada dalam neraka selama-lamanya..."
disebabkan masa yang terhad...saya tak dapat sampaikan banyak...tapi,saya alu-alukan dia sekiranya ingin belajr tentang islam saya sudi membantu...kami bertukar nombor telefon...
saya bagitau dia...saya ramai kawan yang mungkin juga boleh membantu dia...jadi saya minta fb dia...saya pelawa dia untuk kunjungi wall kawan-kawan..mungkin sedikit sebanyak dia boleh belajar...
masa itu kepunyaan Allah...bus dia pun sampai...
kami berpisah disitu...

saya percaya, dia minat islam...
namun segalanya adalah kehendak YANG MAHA ESA...
semoga Allah memberikan hidayahNya kepada kawan baru saya...


 "ya Allah...
Alhamdulillah...
terima kasih atas nikmat ISLAM yang Engkau kurniakan padaku YA RABBI...
sesungguhnya ia adalah nikmat yang terbesar...
semoga ISLAM ku bukan hanya atas nama YA RABBI...
semga ISLAM ku juga pada sifat zahir dan rohaniku YA RABBI...
Ya Allah...
sesugguhnya hidayah itu milikMu...
aku meminta padaMu...
berikan aku hidayahMu YA RABBI...juga untuk kawan-kawanku...
berikan aku ilmu dan kelebihan agar aku dapat menyampaikan tentang islam kepada mereka yang tidak kenal islam,
sesungguhnya itu yang terbaik bagi mereka...

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran

Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.

Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)

"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)

"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)

"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)

"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)

"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." 
(Surah Ar-Rahman; 70)

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)

"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)

"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)

"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)

"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)

"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)

"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.

 iluvislam

Bersabarlah Duhai Hati

Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.
Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.
Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.
Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.
Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.

Bersabarlah Duhai Hati | iluvislam.com + discover the beauty of islam
Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.
Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.
Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.
Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.
'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '
Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?
Subhanallah. Maha suci Allah!
Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.
Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.
Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)
Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)
Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)
Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)
Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)
Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.

iluvislam